AXA Samsung Galaxy Note 10 Lite

Saturday, December 3, 2022

MITSUBISHI TRITON 2009 STARTER PROBLEM SOLVED


MITSUBISHI TRITON 2009
MASALAH TIDAK BOLEH START SELESAI

Sang Legend Masuk Bengkel Kampung2 😂😂

Kos buat di Bengkel Vui Lin Semporna, Sabah. 
Harga Solenoid (Anak Starter) RM160
Upah pasang (bengkel kampung2) RM60

Bila start bunyi “tek” saja. Starter seperti tersangkut tak mahu start engin. Tanda-tanda Solenoid Starter anda perlu tukar baru. Ada dua pilihan sama ada Tukar 1 set starter atau tukar Solenoidnya saja. Solenoid ni kalau mekanik kampung2 mereka panggil “anak starter”. Ada sesetengah bengkel tak mau tukar anaknya saja, mereka sarankan tukar 1 set. Kalau 1 set mestilah kosnya mahal berbanding tukar solenoid saja. Saya tadi sudah tukar solenoid saja. Agak mahal banding kalau beli di shopee. Saya sarankan bila sudah ada tanda-tanda awal belilah di shopee cari yang berkualiti sebab pengusaha bengkel ni gila-gila kaut untung. Kita pula tiada pilihan terpaksalah akur saja.  

Banyak di Shopee RM70 - RM80 saja. 

Inilah Solenoid (anak starter) Triton 2009. Pastikan muncungnya yang begini.

Inilah Starter bersama anaknya. Kalau ada bajet tukar 1 set ni bengkel pun senyum lebar. 

Jangan salah beli di Shopee. Triton model 2009 tak pakai jenis ini ya. Kalau Triton model baru itu saya kurang pasti. Sebaiknya kenalpasti dulu baru beli.




Saturday, September 12, 2009

SELEPAS MEMANDU TRITON 2.5 (4x4)

Gambar Hiasan
Saya tidak pernah menyesal membeli Triton 2.5 malah masih dalam mood teruja dengan kereta impian saya ini. Seperti yang saya perolehi semasa proses memilih sebelum membeli dahulu, saya mendapati Triton ini memiliki kuasa engine yang amat memuaskan hati saya. Kuasa lajakannya memang hebat. Untuk perbandingan, Triton 2.5 tidak dapat disaingi oleh model-model double cab lain yang ada di pasaran setakat ini. Walau bagaimanapun, Navara belum pernah saya test sejauh mana kehebatan kuasa enginnya banding dengan Triton 2.5 ini.
Rekaan luaran dan dalaman pula cukup menarik hati saya. Futuristic dan Nampak moden berbanding model saingannya. Setiap orang yang masuk kereta saya pasti tertarik dengan keunikan yang ada di dalammya.Walau bagaimanapun, ini nasihat saya kepada pemilik Triton yang lain dan juga kepada sesiapa yang akan memiliki model ini di masa depan.
Berhati-hati dengan Airbag yang terdapat di sini. Semasa baru beli, garis ini tidak kelihatan. Walau bagaimanapun, ada satu ketika anak buah saya yang manja itu duduk di kerusi hadapan dan beraksi dengan memukul-mukul bahagian ini engan kedua-dua belah tangannya dengan bertubi-tubi. Saya dapati garisan ini muncul. Patutlah dalam buku panduannya “jangan benarkan kanak-kanak duduk di tempat duduk hadapan”.

Awas. Jangan biarkan orang yang berniat baik mengeluarkan kereta anda daripada lumpur meletakkan tekanan di bahagian ini. Ia amat mudah kemek. Rasanya semua keretapun sama juga kesnya. Suruh mereka tolak di tepi lampu belakang sahaja. For all car designers please concern on this weakness.

Beri penerangan kepada anak anda atau anak buah anda dan kepada mereka-mereka yang anda rasa tidak sensetif terhadap penjagaan kereta anda supaya jangan berpijak pada bahagian ini. Ia mudah tercalar kerana ia merupakan sebahagian daripada body utama kereta anda. Walau bagaimanapun, terdapat accessory tambahan di pasaran yang bertujuan melindungi bahagian ini daripada calar.

Ini masalah kualiti kerja. Saya dapati terdapat bahagian yang tidak dipasang dengan betul pada bahagian-bahagian ini. Masalahnya ialah, mungkin pekerja kilang kereta ini lupa memasang NUT atau sengaja kerana bahagian ini sukar dilihat melainkan setelah anda memandunya. Kurang pasti, ia berpunca dari kilang atau selepas itu.

Ini satu kelainan pada model Triton. Walau bagaimanapun agak menyusahkan bila anda mahu memasang pembalut tempat duduk yang universal kerana ia berbeza dengan model-model lain di pasaran double-cab. Pilihan anda ialah, pasang pembalut tempat duduk yang memang khas untuk model Triton sahaja walaupun kurang pilihan.

Ini pula masalah yang timbul apabila kedudukan intercooler yang terdedah kepada objek-objek seperti serpihan batu-batu kecil malah serengga terbang seperti pepatung meski lalat pun boleh mencacatkan bahagian halus intercooler ini. Untuk mengelakkan masalah ini, perlu upgrade sendiri dengan memakai Front Bumper Extender with Chrome Accents dan Chrome Nose Grille with Stainless Steel Mesh seperti yang terdapat pada model Triton 3.2.

Mengeluarkan bunyi “eak-eak-eak”. Ini adalah masalah yang hampir sama dihadapi oleh model Double cab di pasaran kini. Apabila anda kerap memandu di kawasan tidak bertar (offroad) masalah ini akan mudah timbul. Ini mungkin berpunca daripada karenah habuk yang memasuki celah-celah spring ini. Bunyi ini berpunca daripada geseran di antara penahan dengan kepingan spring. Ia akan berbunyi terutama apabila melalui permukaan yang tidak rata. Walau bagaimanapun, ai bukanlah masalah yang serius dan boleh diatasi dengan cara membersihkan bahagian yang bergeser dan meletakkan minyak pelincir untuk melicinkan geseran.

Awas bila meletakkan pewangi kereta anda. Jangan letakkan pada bahagian ini kerana ia mudah terhakis. Lihat saja kereta baru saya ini, sudah ada cacatnya gara-gara minyak wangi yang tersilap pasang (terbalik) dan mengalirkan cecairnya sehingga menghakis bahagian ini. Nasihat saya ialah sangkutkan minyak wangi anda di bahagian tepi sahaja kerana bahagian itu tidak mudah terhakis. Di bahagian ini terdapat tulang besi yang kurang pasti apa tujuannya. Tetapi yang penting ialah, ia bergeser dengan bumper hadapan ini dari dalam dan mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan. Semasa memandu off-road, saya sesekali mencari-cari jika terdapat bunyi-bunyi pelik seperti ini. Ini kerana, bunyi ini hanya boleh dikesan di atas jalan gravel dengan mematikan aircond kereta, menutup audio dan membuka tingkap kereta anda. Bunyinya agak nyaring berbanding bunyi leaf spring belakang. Lebih jelas lagi, bunyinya seakan-akan bunyi botol kaca yang yang diletakkan berhimpit-himpit dalam satu bekas. Walau bagaimanapun, bunyi dan punca bunyinya saya dapati tidak merbahaya atau menjejaskan kereta saya selain daripada menjejaskan kepuasan saya berbanding semasa mula-mula memandunya dahulu.

Sampai di sini sahaja untuk perhatian kita bersama. Kita telah memilih kereta ini. Memilihnya sudah melalui penilaian kita dengan waras. Apa yang perlu kita lakukan ialah menjaganya dengan sebaik mungkin. Sekiranya anda ada pengalaman tersendiri adalah dialu-alukan untuk dikongsi bersama. Harapan kita ialah, setidak-tidaknya Mitsubishi Motor dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan produk mereka. Mungkin juga ini akan menjadi suara kita sekiranya terdapat sebarang masalah yang serius berkaitan kereta keluaran Mitsubishi ini.

Arash 09

Thursday, September 10, 2009

PERBANDINGAN ANTARA TRITON, NAVARA, VIGO DAN D-MAX

Semasa bercadang untuk memiliki sebuah kereta 4X4 hampir empat bulan lalu (Mei 2009), saya dapati sukar untuk menjumpai blog yang secara detail memberi gambaran mengenai kelebihan dan kekurangan Triton 2.5 ini. Saya cuba berusaha sendiri untuk mencari persamaan dan perbezaan beberapa model dalam kelas yang sama termasuklah NISSAN NAVARA 2.5, TOYOTA VIGO 2.5, ISUZU D-MAX 3.0, MITSUBISHI TRITON 3.2 DAN TRITON 2.5 (4x4).

Setelah membuat analisis sendiri tentang model-model tersebut, meletakkan Triton 2.5 sebagai pilihan pertama diikuti Triton 3.2, Navara 2.5, Vigo 2.5 dan yang terakhir ialah D-Max 3.0. Alasan kenapa saya pilih Triton 2.5 ialah.

TRITON 3.2
Triton 3.2 adalah model yang hampir-hampir sama dengan Triton 2.5.
Pick-up kedua-dua model tidak jauh berbeza malah seakan-akan sama. Perbezaan akan hanya terasa pada maximum speednya. Triton 3.2 boleh mencapai 172KM/J manakala Triton hanya 167KM/J. Anda boleh bayangkan sendiri, kelajuan maksimum Triton 2.5 sudah lebih daripada memadai bagi saya. Lagipun, saya bercadang beli kereta untuk memudahkan hidup saya dan bukan untuk berlumba di jalan raya. KELAJUAN MAKSIMUM TIDAK PENTING UNTUK SAYA, YANG LEBIH UTAMA IALAH PICK-UP DAN DAYA PECUTANNYA.
NAVARA 2.5
Navara adalah model pilihan ketiga saya selepas kedua-dua model Mitsubishi di atas. Walaubagaimanapun...
Harga Navara lebih mahal daripada Triton 2.5 iaitu menjangkau RM100K manakala Triton 2.5 hanyalah RM87 – RM92 ribu sahaja. Memang ada perbezaan, tetapi realitinya ia masih tidak berbaloi kerana segala yang ada pada Navara juga terdapat pada Triton. Penggunaan suiz untuk mengaktifkan 4-high dan 4-low juga masih tidak dapat saya terima kerana bimbang ia mudah terjejas dalam pemanduan berair dan lumpur. Malah, sesetengah pengkritik mendapati Triton lebih baik dari Navara terutama dalam aspek Keselamatannya.
TOYOTA VIGO 2.5

Nilai pasaran bagi model Toyota diakui sukar jatuh. Ini adalah disebabkan ia telah menguasai pasaran sejak sekian lama dan tiada pesaing yang hebat. Walau bagaimanapun, Toyota perlu perubahan dalam rekaan kereta keluarannya. Rekabentuknya sudah terlalu lapok dan ketinggalan zaman. Bentuk Triton yang tidak persegi, sistem audio, paparan LCD yang tiada pada Vigo membuatkan saya memilih Triton lebih baik daripada VIGO.

ISUZU D-MAX 3.0

Model Isuzu D-Max 2.5 tidak dilengkapi 4X4. Oleh itu, hanya D-Max 3.0 yang saya letakkan dalam senarai pilihan. Walau bagaimanapun, kuasa pecutan enginnya amat mendukacitakan. Lihat saja kuasa kuda model ini dengan Triton 2.5, ianya adalah sama 136hp sedangkan kuasa enginnya berbeza. Jimat minyak, memang jimat tetapi perbezaan amat sedikit sahaja. Rekabentuknya pula boring sama dengan model Navara dan Vigo juga. Kesimpulannya, selepas meneliti dengan penuh terperinci kesemua model-model ini, saya kini berbangga memandu Mitsubishi Triton 2.5 saya. Walau bagaimanapun, selepas menggunakan Mitsubishi Triton selama hampir 4 bulan ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan pemilik Triton tak kira di mana berada. Semoga dapatan saya ini boleh membantu anda membuat pilihan terbaik sebelum membuat keputusan.