Thursday, September 10, 2009

PERBANDINGAN ANTARA TRITON, NAVARA, VIGO DAN D-MAX

Semasa bercadang untuk memiliki sebuah kereta 4X4 hampir empat bulan lalu (Mei 2009), saya dapati sukar untuk menjumpai blog yang secara detail memberi gambaran mengenai kelebihan dan kekurangan Triton 2.5 ini. Saya cuba berusaha sendiri untuk mencari persamaan dan perbezaan beberapa model dalam kelas yang sama termasuklah NISSAN NAVARA 2.5, TOYOTA VIGO 2.5, ISUZU D-MAX 3.0, MITSUBISHI TRITON 3.2 DAN TRITON 2.5 (4x4).


Setelah membuat analisis sendiri tentang model-model tersebut, meletakkan Triton 2.5 sebagai pilihan pertama diikuti Triton 3.2, Navara 2.5, Vigo 2.5 dan yang terakhir ialah D-Max 3.0.
Alasan kenapa saya pilih Triton 2.5 ialah.


TRITON 3.2
Triton 3.2 adalah model yang hampir-hampir sama dengan Triton 2.5.
Pick-up kedua-dua model tidak jauh berbeza malah seakan-akan sama. Perbezaan akan hanya terasa pada maximum speednya. Triton 3.2 boleh mencapai 172KM/J manakala Triton hanya 167KM/J. Anda boleh bayangkan sendiri, kelajuan maksimum Triton 2.5 sudah lebih daripada memadai bagi saya. Lagipun, saya bercadang beli kereta untuk memudahkan hidup saya dan bukan untuk berlumba di jalan raya. KELAJUAN MAKSIMUM TIDAK PENTING UNTUK SAYA, YANG LEBIH UTAMA IALAH PICK-UP DAN DAYA PECUTANNYA.


NAVARA 2.5
Navara adalah model pilihan ketiga saya selepas kedua-dua model Mitsubishi di atas. Walaubagaimanapun...

Harga Navara lebih mahal daripada Triton 2.5 iaitu menjangkau RM100K manakala Triton 2.5 hanyalah RM87 – RM92 ribu sahaja. Memang ada perbezaan, tetapi realitinya ia masih tidak berbaloi kerana segala yang ada pada Navara juga terdapat pada Triton. Penggunaan suiz untuk mengaktifkan 4-high dan 4-low juga masih tidak dapat saya terima kerana bimbang ia mudah terjejas dalam pemanduan berair dan lumpur. Malah, sesetengah pengkritik mendapati Triton lebih baik dari Navara terutama dalam aspek Keselamatannya.


TOYOTA VIGO 2.5

Nilai pasaran bagi model Toyota diakui sukar jatuh. Ini adalah disebabkan ia telah menguasai pasaran sejak sekian lama dan tiada pesaing yang hebat. Walau bagaimanapun, Toyota perlu perubahan dalam rekaan kereta keluarannya. Rekabentuknya sudah terlalu lapok dan ketinggalan zaman. Bentuk Triton yang tidak persegi, sistem audio, paparan LCD yang tiada pada Vigo membuatkan saya memilih Triton lebih baik daripada VIGO.


ISUZU D-MAX 3.0


Model Isuzu D-Max 2.5 tidak dilengkapi 4X4. Oleh itu, hanya D-Max 3.0 yang saya letakkan dalam senarai pilihan. Walau bagaimanapun, kuasa pecutan enginnya amat mendukacitakan. Lihat saja kuasa kuda model ini dengan Triton 2.5, ianya adalah sama 136hp sedangkan kuasa enginnya berbeza. Jimat minyak, memang jimat tetapi perbezaan amat sedikit sahaja. Rekabentuknya pula boring sama dengan model Navara dan Vigo juga.

Kesimpulannya, selepas meneliti dengan penuh terperinci kesemua model-model ini, saya kini berbangga memandu Mitsubishi Triton 2.5 saya. Walau bagaimanapun, selepas menggunakan Mitsubishi Triton selama hampir 4 bulan ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan pemilik Triton tak kira di mana berada. Semoga dapatan saya ini boleh membantu anda membuat pilihan terbaik sebelum membuat keputusan.

12 comments:

  1. bro asrab;
    terima kasih dgn info triton yang bro berikan, terutama sekali pasal bunyi pada leaf spring. rupanya bukan saya seorang saja yang mengalami masalah tertsebut. satu lagi, triton memang best car ever. walaupun horse power x sekuat navara pada kadar CC yang berbeza, satu yg ptg adalah kepuasan pemanduan selain keselamatan.tadik spring la pada MITSUBISHI.

    ReplyDelete
  2. ya jgn risau, itu lama2 hilang juga tu...
    Yg ptg triton mmg hebat..

    ReplyDelete
  3. dalua nakita .. triton bay belli ku...
    halam lagi bay tasulayan amolek min kk ni sampulna.

    ReplyDelete
  4. thanks bro for such a good review about triton. I'm a triton owner from kedah. Hidup triton

    ReplyDelete
  5. assalm semua,mau tanya dsini;Triton ni kalau dalam kelajuan misal kata 120 & sedang cornering,tak terbalik ke?atau tanda-tanda nak terhumban?tq,wslam-Zul(labuan)

    ReplyDelete
  6. boleh lah respond ke email saya; zulhonda74@yahoo.com
    t kasih

    ReplyDelete
  7. Bagaimana jika dibandingkan dengan Ford Ranger XLT 4x4 6-SPD MANUAL... apa pendapat anda

    ReplyDelete
  8. saya nak beli kereta, tengah bandingkan antara semua kereta yg ada. tapi saya nak beli 4x2 jer. setakat ni dah try navara dgn dmax 4x2 auto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hafiz, I sales Mitsubishi Jalan 222 petaling jaya selangor can call I for information or if need test drive also can triton 4x4 & 4x2 email me your contact at annyhanie@hotmail.com

      Delete
  9. salam...saya pun tgh konpius antara triton dgn D max?ikut pencarian dlm google dmax jimat minyak, pastu xpakai timing belt.harga pon murah ckit...xtau mana yg mana satu nak pilih...kalau ada lagi pencerahan.....

    ReplyDelete
  10. ITU LAH.....KENA TEST DRIVE SEMUA.HE HE HE

    ReplyDelete
  11. Kalau compare dgn toyota hilux mana lbh ok?

    ReplyDelete